Wednesday, December 1, 2010

BACA BUKU

Jgn marah Melayu tak baca buku

Kita sering terbaca berita yang mengatakan warga negara kita ini kurang membaca. Daripada kajian dan pukul rata, seorang warga Malaysia dikatakan hanya membaca dua muka surat sahaja untuk satu tahun - berbanding 40 hingga 50 buah buku untuk seorang warga Sweden atau Finland

Hasilnya, buku-buku yang dicetak tidak terjual. Penulis kita agak susah untuk mencari makan. Budaya buku dan budaya ilmu tidak berkembang. Warga negara kita ini tidak ambil pot (peduli) tentang buku dan tulisan. Jauh sekali mereka hendak merapati buku-buku sastera, falsafah atau budaya, pameran lukisan atau pementasan teater.

Mengapa ini berlaku?

Apakah warga Malaysia ini, terutama manusia Melayu, amat culas dalam hal baca-membaca dan berbudaya? Apakah manusia Melayu ini tidak ada keinginan untuk tahu apa yang sedang berlaku di alam sekeliling mereka? Atau apakah manusia Melayu ini telah menjadi begitu mandul sehinggakan mereka tidak dapat lagi melihat apa yang sedang berlaku terhadap keluarga, anak dan dirinya sendiri.

Memang betul pada ketika ini proses pembodohan orang Melayu sedang berjalan dengan ligat. Proses ini tidak akan berjaya jika para seniman, para penulis dan para sasaterawan Melayu bangun menentang dan melawan proses pembodohan ini.

Di sini peranan penulis, seniman dan sasterawan cukup penting dalam memperkasa kembali fikrah yang selama ini telah diperbodohkan melalui budaya tertentu yang disebar luas.

Selama lebih 50 tahun hegemoni budaya tersebut telah melakar dan mengkonstruksi cara warga Malaysia terutama manusia Melayu berfikir dan bergerak. Dengan bantuan lembaga - seperti lembaga feudal, lembaga keagamaan, lembaga tradisional Melayu – mereka telah berjaya memagar dan mengikat cara manusia Melayu berfikir dan bergerak.

Apabila kita terbaca berita yang mengatakan kita semua ini kurang membaca, maka kita menerima hakikat ini tanpa kita berfikir panjang atau menimbulkan pelbagai persoalan. Sikap ini sikap yang salah - inilah sikap hasil hegemoni budaya yang di pupuk oleh mereka.

Budaya ini memalaskan kita untuk berfikir. Seharusnya, kita menimbulkan persoalan demi persoalan terhadap kenyataan tadi.

Kenapa agaknya manusia Melayu tidak suka membaca?

Jika manusia Melayu tidak mahu atau tidak suka membaca buku, maka mari kita selidiki apa sebenarnya isi buku itu. Jika manusia Melayu tidak ingin membaca sebuah novel, maka mari kita selidiki apa yang cuba dipaparkan oleh penulis dalam novel itu.

Jika manusia Melayu gagal menghayati sebuah puisi, maka mari kita lihat dan selidiki apa isinya puisi itu. Jika manusia Melayu tidak menghayati sebuah lukisan, maka mari kita selami apa yang telah dilukis.

Selama lebih 20 tahun ini, buku-buku daripada tulisan sasterawan kita, buku-buku yang cuba membawa hal ehwal semasa, buku-buku yang dikatakan cuba membuka mata dan hati warga Malaysia – kebanyakannya bergenre bodek. Puisi, teater dan sandiwara yang dipentaskan banyak juga yang membawa unsur-unsur budaya bodek. Budaya bodek ini telah menjadi salah satu ciri yang amat penting dalam proses pembodohan manusia Melayu.

Cara untuk memahami budaya bodek ini berkembang dan bergerak cukup senang. Contohnya, ketika di zaman Islam Hadhari dahulu, banyak buku yang ditulis tentang Islam Hadhari. Banyak seminar akademik dianjurkan tentang Islam Hadhari.

Ada teater dipentaskan tentang Islam Hadhari. Ada kajian dijalankan tentang Islam Hadhari. Ada lagu, ada puisi, ada musik, ada pameran lukisan tentang Islam Hadhari.

Seorang penulis puisi, yang bercita-cita ingin melihat puisinya diterbitkan dalam akhbar, tidak dapat tidak akan melakar Islam Hadhari sebagai tema puisinya. Seorang pensyarah yang ingin membuat kajian ilmiah pasti akan membuat kajian tentang Islam Hadhari.

Tindakan mereka ini untuk memastikan kajian ini akan diluluskan oleh universiti dan akan mendapat dana. Di sekolah pula akan ada pertandingan menulis karangan dan esei tentang Islam Hadhari - akan diadakan pertandingan berbahas atau berbalas pantun tentang Islam Hadhari.

Sebuah pereka seni papan tanda juga akan meletakkan logo Islam Hadhari agar logo ini akan mendapat kelulusan pihak yang berkuasa sebelum disebarkan di tepi-tepi jalan. Iklan-iklan di akhbar, radio atau tv juga akan menayangkan Islam Hadhari.

Drama tv juga mula berkisar dengan Islam Hadhari.

Apabila pencadang Islam Hadhari ini tidak ada kuasa lagi, maka semua beralih kepada slogan 'Satu Malaysia'. Proses yang sama akan berulang lagi. Proses membodek tetap berlaku. Justeru inilah caranya hegemoni budaya bodek bergerak dan menyerapi jauh dalam masyarakat kita.

Sebenarnya orang ramai tahu – semua yang terpampang ini adalah bodek. Malah si penulis, si penyair, si pengkaji, si pembikin teater, si pencipta lagu, si pereka – semua mereka tahu bahawa apa yang mereka buat itu adalah membodek orang yang berkuasa ketika itu. Justeru kerja bodek mereka tidak membawa apa-apa yang menakjubkan.

Kerja-kerja bodek tidak menarik. Kerja-kerja seni bodek tidak akan membuka pandangan orang ramai. Tulisan-tulisan bodek tidak akan mengancam menggelodakkan fikrah yang beku. Kerja-kerja seni membodek tidak akan mengusik jiwa.

Novel-novel, cerpen-cerpen, puisi-puisi yang muncul hasil daripada peraduan membodek tidak akan ada sesiapa yang akan membeli atau membacanya. Malah, jika buku-buku bodek ini ini diberikan percuma besar kemungkinan buku ini akan menjadi penyelak pintu atau pengalas cerek panas. Inilah hakikatnya hasil kerja seni bodek.

Justeru kita tidak boleh menyalahkan manusia Melayu sebagai manusia yang malas membaca. Mereka malas membaca buku-buku yang tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka. Mereka culas membaca kerana mereka merasakan buku-buku ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kehidupan mereka.

Bayangkan jika buku-buku atau kerja-kerja seni ini ada kaitan dengan kehidupan mereka, pasti manusia Melayu ini akan berhenti, melihat dan cuba mendengar apa yang cuba disampaikan oleh buku buku ini. Jika sebuah puisi itu indah dan ada hubungan dengan perjuangan kehidupan manusia Melayu, pasti puisi ini akan dihayati.

Apa yang diinginkan oleh warga Malaysia khasnya manusia Melayu hari ini adalah buku-buku dan kerja-kerja seni yang temanya memaparkan perlawanan. Buku-buku yang mengajukan tema perlawan terhadap penindasan. Perlawanan ini perlawanan manusia Melayu yang tertindas dalam kehidupan harian mereka.

Kehidupan harian yang mereka lalui dan alami. Justeru dengan sendirinya mereka akan dapat memahami dan menghayati kerja seni ini. Bukan buku-buku yang berkhayal tentang kehidupan orang-orang kaya yang tidak ada talian dengan majoriti manusia Melayu.

Puisi-puisi yang mengajukan tema penentangan terhadap kezaliman. Atau lagu-lagu yang menggerakkan nadi dan jiwa mereka untuk bangun melawan. Atau syair dan sajak yang melakar kehidupan mereka yang saban hari bertempuran dengan kezaliman dan penindasan. Jika tema ini yang digarap oleh para seniman, pasti kerja seni mereka merebak luas.

Contoh terbaik hari ini - tema besar yang sedang terpampang dalam dunia Melayu hari ini ialah konspirasi untuk menjatuhkan Seorang Pejuang Bangsa Melayu. Inilah tema besar yang tidak mungkin dapat disorok-sorok. Tema ini sedang menunggu penulis, penyair, pemusik, pelukis untuk digarap seseni mungkin.

Jika para penulis, seniman, saterawan, pelukis dan penggiat teater gagal untuk melihat tema yang besar ini, maka jangan marah kepada manusia Melayu. Jangan marah apabila buku tidak ada orang beli. Jangan marah apabila lagu tidak ada sesiapa mendengar.

Jangan kecewa apabila pameran lukisan hanya dilihat sebagai pameran syok sendiri. Jangan marah jika tidak ada sesiapa ambil pot terhadap buku puisi bodek yang tidak ada siapa ingin membeli.

Hakikatnya manusia Melayu hari ini mahu mendengar bunyi dan suara laungan perjuangan. Manusia Melayu mahu mendengar pekikan perlawanan. Manusia Melayu telah jelak dengan puisi bodek dan cinta. Manusia Melayu telah jelak dengan irama ampu dan cium tangan.

Seniman yang melakar dan menggarap tema perjuangan adalah seniman yang akan dinobatkan oleh manusia Melayu.

Bersatu Teguh , Bercerai Roboh ...

Leka rebut kuasa hingga lupa tingkat ekonomi bangsa ... akibatnya agihan kekayaan tak sekata.

Keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 membuktikan dengan jelas perbezaan sistem nilai antara bangsa Melayu dengan kaum lain. Walaupun kedua-dua bangsa mendominasi kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat ia menterjemahkan sistem nilai yang berbeza.

Bangsa Melayu sinonim dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan tradisi muafakat sejak berkurun. Bangsa Cina pula sentiasa berusaha dan tekun untuk membangunkan ekonomi dan menggunakan kuasa politik untuk kepentingan perusahaan.

Melayu dalam UMNO, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diyakini masih tebal dengan jiwa tradisional walaupun terpaksa bertindak untuk melegakan perasaan rakan mereka dalam gabungan siasah. Jika adapun Melayu yang sanggup menuturkan sembah derhaka, tindakan mereka sekadar melunaskan kemarahan peribadi apabila hajat siasah tergendala.

Ada juga Melayu yang memegang kuasa sanggup meleburkan bahasa dan adat resam sendiri kerana memikirkan rakan gabungan yang sentiasa mengharapkan sikap terbuka sebelah pihak, sedangkan pihak lain begitu rakus memainkan isu perkauman. Keterbukaan Melayu ada masanya merugikan bangsa sendiri.

Kelemahan ketara bangsa Melayu adalah terlalu ghairah mengumpul pengikut, sedangkan pihak lain bertindak mengambil kesempatan siasah untuk mencipta peluang perniagaan dan perdagangan. Keghairahan mengumpul pengikut juga menjadi dorongan seseorang Melayu untuk kekal berkuasa, mencari pengaruh dan mengumpul penyokong yang kian bertambah.

Pada masa sama mereka lupa untuk membantu pengikutnya mempunyai nilai ekonomi, menyebabkan agihan kekayaan bangsa Melayu tidak merata. Hanya segelintir Melayu berjaya dan yang terbanyak adalah Melayu yang masih mengharapkan subsidi dan naungan pemerintah untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Kesannya, lahirlah Melayu yang berfikiran jumud, taklid dan pengikut pendapat lain tanpa sebarang pertimbangan akal.

Kesibukan mengumpul pengikut juga mendorong Melayu bergeser sesama sendiri kerana menggunakan formula siasah untuk berkuasa atau mengekalkan kekuasaan. Pergeseran sesama Melayu mendorong pihak lain mengambil kesempatan seperti berlaku pada pilihan raya umum lalu.

Sejak Parameswara membangunkan kesultanan Melayu Melaka pada 1403, tradisi mencipta pengikut dan pengaruh begitu tebal dalam sejarah Melayu. Pihak istana mendapat laba daripada kesetiaan rakyat. Raja dibantu Bendahara dan Temenggong menguruskan pentadbiran. Rakyat yang setia sentiasa tidak mampu berfikir dan mendapat peluang ekonomi. Kesannya, segelintir mencapai kejayaan dan terbanyak menerima kegagalan hidup.

Berbeza kaum Cina tidak kira MCA, GERAKAN, DAP sistem naungan ekonomi berpaksi sejak abad ke-19 ketika penjajah British membawa mereka ke kawasan perlombongan di Tanah Melayu. Pendatang dari selatan China diarah bekerja di kawasan lombong dan bijak mempelajari nilai tempatan menyebabkan mereka selesa untuk terus tinggal di negara ini walaupun penjajah kembali ke British menjelang 1957. Keturunan mereka bijak memanfaatkan kesempatan daripada golongan pekerja kepada pencipta pekerjaan.

Kejayaan mempelajari dan menerima nilai tempatan serta diadunkan dengan cara hidup positif, membantu bangsa Cina membina sistem kongsi yang mengutamakan kepentingan kecinaan sehingga kini.

Mereka mungkin bergaduh dan bergasak mengenai ideologi politik, namun mustahil untuk mereka meninggalkan perusahaan dan mencipta peluang ekonomi untuk kaum sendiri. Isu pendidikan dan peluang ekonomi sentiasa mendominasi pemikiran kaum Cina kerana mereka sedar kedua-duanya mempunyai paksi untuk menaungi siasah pada masa panjang.

Kita jarang menemui kaum Cina yang kandas perniagaan kerana sukar menyediakan modal. Sistem kongsi memberi peluang sesiapa saja mencipta kekayaan asalkan rajin berusaha dan tidak segan menerima strategi pengurusan perniagaan yang berjaya.

Berbeza dengan Melayu, isu politik sering menjadi kerenah yang merenggangkan, subsidi baja padi menjadi duri dalam daging di kawasan pertanian. Bantuan mangsa banjir dinafikan kerana perbezaan fahaman. Pentadbir negeri berbeza dengan Pusat menimbulkan kekalutan sesama sendiri. Isu pengaruh dan kekuasaan peribadi sentiasa menjadi belenggu yang melelahkan. Melayu bergaduh sesama sendiri, hatta di dalam sesebuah pertubuhan pun mereka tidak sekata dan melompat parti.

Perseteruan demi perseteruan sesama Melayu menjadi opera lunak yang dipertontonkan pihak lain. Melayu bergelut mencari pengaruh dan pengikut, Pihak lain lenang mengaut laba ekonomi kerana kebersamaan berfikir dan bertindak.

Kisah Benar

PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah, Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke JohorBahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal,makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin.Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruhIndonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma. Selepas itu dihantar ke Singapura selama1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan memegang jawatan setiausaha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama pendudukNegeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendakmengenali mereka

Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ).

Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam.

Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah :

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis airhitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja.

Kewangan gereja RM12.6 juta - sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya, Pulau Pinang dan Senawang).

Di Senawang terlibat seramai 200 orang. Ketua di Senawang, Haji Hanapi dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup - terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. 20 orang telah Kristian- susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh - 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.

Di Banting - Kamariah, lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari)

Target Kristian :

Pemuda yang tidak faham agama - ada yang tidak tahu Fatihah.

Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar(sukar nak dikesan)

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin. Dalam pada berdakwah sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu - mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

KISAH BENAR

Aku, Lim & Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Kisah benar ini kiriman seorang ahli jemaah Masjid al-Munawwarah. Dari Jeram Pasu.

Sebahagian pengajaran dari kisah benar di atas ialah :

1. Ramai orang Melayu Islam di Malaysia gagal memahami hakikat kelahiran mereka di dunia ini, iaitu untuk menjadi pendakwah dan contoh tauladan kepada masyarakat dan umat yang lain. “Demikianlah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi-saksi (pembawa risalah Islam) keatas manusia lain, dan Rasul menjadi saksi (pembawa risalah Islam) keatas kamu” (Al-Quran).

2. Bahkan lebih asas dari itu ramai orang Melayu di Malaysia yang gagal memahami dan menghayati Islam itu sendiri, sedang mereka dilahirkan siap beragama Islam dan pergi sekolah setiap hari sejak kecil.

3. Apabila Lim mendapat cahaya Islamnya di Amerika, ini menunjukkan betapa di sebuah negara Barat lagi Kristian, terdapat orang-orang Islam di sana walaupun dari kalangan minoriti yang bekerja keras menunjukkan kepada manusia akan jalan kebenaran, berbanding dengan ramainya orang Melayu yang majoriti di negara Malaysia.

4. Lim sangat memahami firman Allah swt di atas. Oleh itu beliau menyebut perkataan ” .. aku akan dakwa semua orang melayu Islam di dalam kampung kita … “. Setiap insan yang diamanahkan untuk menyampaikan Islam dalam bentuk perkataan (mengajak) dan perbuatan (contoh teladan), tetapi tidak menunaikan tugasan dan tanggungjawab tersebut, boleh bahkan akan didakwa oleh Allah swt kelak di Hari Kiamat. Mereka juga menjadi orang-orang yang didakwa oleh orang-orang sekeliling mereka yang tidak mendapat Risalah ini sedang mereka berjiran, berkawan dan berkenalan.

5. Lim seorang yang sangat menghargai Islam yang dimilikinya serta seorang yang bekerja keras demi mencapai cita-cita. Dalam masa 5 tahun sahaja, beliau telah mengislamkan 20 orang termasuk ada dari kalangan adik beradiknya sendiri. Jika orang Melayu tidak dapat mengislamkan 20 orang kafir untuk menyayingi Lim dalam perkara kebaikan, apa kata mereka berusaha mengajak 20 orang Melayu Islam ke masjid dan kuliah-kuliah agama ? Atau mereka sendiri telah jauh dari mengunjungi rumah-rumah ibadat kepada Allah swt ? “Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan surau dan masjid ALlah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat” (Al-Quran).

6. Ramai orang-orang Melayu hari ini membandingkan prestasi hidup sesama mereka dengan nilaian material seperti saiz dan rekabentuk rumah dan perhiasan, jenis kereta dan jumlah harta terkumpul, tetapi sepatutnya mereka membanding-banding sesama mereka sejauhmanakah prestasi projek Dakwah yang masing-masing sedang usahakan seperti majallah, tadika Islam, pusat tahfiz, rumah kebajikan dan anak yatim, pembinaan masjid dan surau, penganjuran kuliah dan kursus agama di masjid , surau dan institusi-institusi, projek kesenian Islam seperti merekod nasyid, pementasan dan kebudayaan Islam, penulisan artikel, cerpen, buku, novel dan blog Islam serta banyak lagi projek-projek Islam yang menanti dan boleh mereka lakukan demi berdepan dengan projek pemusnahan akhlak umat yang sedang dan berjaya dilakukan oleh musuh-musuh Islam dalam berbagai bidang kehidupan moden hari ini.

Semoga Allah swt memelihara kita dari kemurkaanNya lantaran kealpaan dan kelalaian ramai masyarakat kita dari tanggungjawab mereka sebagai hamba ALlah. Moga Allah memilih kita sebagai pendokong-pendokong agamaNya selagi nyawa belum bercerai badan. “Ya Allah jangan Engkau palingkan hari-hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami rahmatMu. Sesungguhnya Engkau sangat suka memberi” (Al-Quran).

Dipetik dari Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com